PENYAKIT JANTUNG
Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.
PUNCA PENYAKIT - Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
- Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.
- Diet
Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.
- Alkohol
Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.
- Merokok
Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.
- Tidak aktif
Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.
Tanda-tanda penyakit :
- 1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
- 2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
- 3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah
Cara mencegahaya:
- 1. Lakukan senaman dengan teratur
- 2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
- 3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
- 4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
- 5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.
BARAH
Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.
PUNCA PENYAKIT
Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.
Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru
- Batuk yang tidak putus-putus
- Batuk yang disertai darah
- Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus
Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.
Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.
Rawatannya
Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.
Tanda-tanda penyakit Barah Darah:
- Demam yang berulang-ulang
- Seringkali berlaku pendarahan
- Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
- Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak
Tanda-tanda penyakit Barah Tekok
- Hidung sering berdarah
- Keupayaan pendengaran berkurangan
- Leher menjadi bengkak.
Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.
Rawatannya
Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukin yang tidak dapat disembuhkan.
SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/s 111-112
Tidak ada komentar:
Posting Komentar